Tugasan ini adalah untuk menilai kebolehan pelajar membincangkan kesan globalisasi dan cabarannya terhadap tamadun.

history

Description

SOALAN TUGASAN

 


TUJUAN

 

Tugasan ini adalah untuk menilai kebolehan pelajar membincangkan kesan globalisasi dan cabarannya terhadap tamadun.

 

KEPERLUAN

       

Tugasan 1

 

Klik dan tonton video pendek berikut:

 

Video 1: https://www.youtube.com/watch?v=kaNBrCH6TNA

Video 2: https://www.youtube.com/watch?v=Db8ZMam_d8I  

 

Setelah menonton video tersebut, pelajar diminta untuk: 

 

                                  i.          Rumuskan definisi globalisasi dengan mengaitkannya dengan video 1 dan video 2.

                                ii.          Bincangkan sindiran sosial yang tersirat pada video 1 dan video 2 dan nyatakan babak (scene) tersebut.

                              iii.          Senaraikan perbezaan nilai-nilai murni yang hampir dilupakan dalam video 1 dan video 2, kemudian bandingkannya dengan nilai-nilai yang diamalkan oleh masyarakat pada zaman dahulu (sebelum merdeka sehingga tahun 1990-an). Berikan ulasan anda secara  kritis dan komprehensif.

                               iv.          Berdasarkan soalan i, ii dan iii di atas, anda diminta memindahkan (transform)  isi-isi penting jawapan anda dalam bentuk mind map (peta minda) menggunakan aplikasi atas talian  Canva (https://www.canva.com/). Buka akaun atas talian tersebut, Login dan gunakannya untuk mereka-cipta peta minda anda.

 

Hasil kerja rekaan peta minda anda hendaklah dimuat-turun dalam bentuk PDF. Peta minda perlu dihantar dalam bentuk salinan PDF (soft copy).

 

Peta minda tersebut hendaklah terdiri daripada perkara berikut:

i.     Tajuk

ii.    Isi kandungan (pengetahuan)/ konsep / istilah: jelas dan berkesan.

iii.   Idea yang saling berkaitan antara kandungan.

iv.   Kata kunci (keyword) / Idea utama yang tepat dan sesuai.

v.    Kekemasan (Label & Ciri-ciri).

vi.   Penyusunan/aturan.

vii.  Jenis tulisan / saiz tulisan yang sesuai / jelas.

viii. Garis panah (anak panah) / branch / linkage yang mempunyai hubungan  antara kandungan.

ix.   Kesesuaian warna.

x.    Gambar/simbol yang bersesuaian / menarik.

xi.   Design, Layout / Format yang sesuai / kreatif / menarik.

 

(50 Markah)

 

 

 

Tugasan 2

 

Berdasarkan soalan i sehingga iii di atas, anda dikehendaki melaporkan pengalaman penemuan anda. Laporan tersebut perlu mengandungi pengalaman sebelum dan selepas menonton video. Dengan menggunakan aplikasi Canva, berikan justifikasi bagaimana pengalaman ini  boleh membantu anda sebagai pelajar dan pekerja (jika berkaitan).

 

(20 Markah)

       

 

 [JUMLAH: 70 MARKAH]


Related Questions in history category